Ahad, 8 November 2009

Ubat Bagi Orang Yang Terkena Musibah

Ubat Bagi Orang Yang Terkena Musibah

Firman Allah S.W.T bermaksud : “ Berilah berita gembira kepada orang- orang yang ssabar iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata : “ Sesungguhnya kita adalah milik Allah S.W.T dan kepadaNya kita kembali.”

Kalimah diatas jikalau kita perhatikan mengandungi pengubatan dari Allah S.W.T kepada mereka-mereka yang terkena musibah. Sesungguhnya ia merupakan ubat yang paling mujarab, sesuai dan berguna bagi mereka yang di timpa musibah. Hatta tidak kiralah ia untuk kehidupan di dunia dan akhiratnya. Kalau kita perhaikan ayat di atas menerangkan kepada kita dua intipati yang berguna dan sangat besar nilainya dalam hidup kita.

1. Orang yang di timpa musibah itu akan menyedari dgn sebenar-benarnya, bahawa dirinya, keluarganya, hartanya, anak-anaknya adalah milik Allah jua. Allah S.W.T telah mengurniakan semuanya itu kepada hambanya hanyalah sebagai pinjaman semata-mata. Bilamana Allah S.W.T mengambil balik semula apa yang DIA berikan dari tangan hambanya tidak ubah sepertimana tuannya mengambil balik barang yang dipinjam.
2. Sesungguhnya asal diri seorang hamba dan kembalinya adalah kepada Allah S.W.T semata-mata. Tuhan yang memiliki hak keatas hambanya. Jadi jelaslah di sini, memikirkan tentang asal permulaan dan kesudahan dari kehidupan ini adalah merupakan ubat yang paling sesuai untuk mengubati perasaan ketika di timpa musibah.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al Hadid :22-23 menerangkan kepada kita yang bermaksud :

“ Tiada sesuatu bencana yang menimpa di bumi dan ( tidak pula ) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab ( Lauhul Mahfuz 0 sebelum kami menciptakan kan nya. Sesungguhnya yang demikian adalah itu adalah mudah bagi Allah. ( Kami jelaskan yang demikian itu ) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang di berikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

InsyaAllah, bagi mereka yang mermehatikan ayat tersebut serta maknanya, ia akan memperolehi cara atau ubat yang menyembuhkan perasaannya ketika ditimpa musibah. Adapun diantara penawar di dalam ayat tersebut :-

•Hendaklah selau memperhatikan ayat Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.( kalau boleh baca Al-Quran lagi elok ).
•Selalu melihat dengan mata hati
Selalu melihat dengan mata hati bahwa setiap apa yang terjadi tu walaupun ia pahit tapi ia akan mendatangkan kemanisan di akhirat.
•Selalu memohon kepada Allah dan tawakkal kepadaNya.
•Selalu mengingati musibah lama dan mengulangi ucapan istirja’
•Hendaklah selau menguatkan keyakinan diri.
•Kena menyedari bahwa dunia ini adalah tempat cubaan.
•Menyedari hikmah musibah
•Ubati diri dengan ajaran yang di terapkan oleh agama.
•Selalu berzikir kepada Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan